masa bukan emas..tetapi adalah nyawa dan kehidupan


WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A

INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI. 

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … !Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.


Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan. 

Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh. 

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api). 

Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...."


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami) benar-benar Kami akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami."
Al-Ankabut, 69





cinta dunia itu kegelapan
dan penerangnya adalah 
TAQWA




sumber:
i luv islam
(www.halaqah.net)
NorSaidah




DOA UNTUK SAHABATKU…
Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat
Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu
Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..



sahabat...peneman suka duka dan lara....
di sini....
saya azwani ali
memohon maaf 
andai silap ku pada teman-teman semua 
andai silap salahku sebesar gunung....
andai silap salahku seluas lautan....
andai salah silapku sebanyak tebuan di dalam sarang tebuan...
maafkan daku yang bernama azwani nie yer....
dan saya sekali lagi Azwani Ali
memaafkan salah silap teman-teman
samada yg dilakukan secara sedar atau tidak....
huhu~
pentingnya saling maaf memaafkan


hmmmm....
sedang aku duk bersahaja...
terlintas di benakku...
memang la dlm kehidupan sehari-harian kita nie...
bukannya selalu jumpa orang2 yg sempurna....
setiap org ade kelemahan masing2, cam dri kita sendri gak...
mcm2 karenah kan..
kdg2 ade org tbuat slh silap tanpa disedari..
ade yg sngaja...
tp...kalo kita sakit ati...sakit jiwa..skit mata...
aq pikiaq la...
pe yg aq dpt?????
kalo marah2 pun.....
pe yg dikatakan puas????


yupp...
aq jg pernah skit hati...
pernah rasa marah...
tapi...
bila dipikir2 balik...
direnung2 kan balik...
xberbaloi....
memang x berbaloi...
tu baru silap sesama manusia...
kalu salah silap ngan Allah camner?
kita sukar memaafkan org...
cmner andai Allah x ampunkan kita..??
MAHUKAH KITA??
tapi..
sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih 
Maha Pengampun
^_^

"Dan jika kamu memaafkan maka itu adalah lebih dekat kepada taqwa.'
Al-Baqarah,237

see??

dlm Al-Quran pun ade mnyeru kita agar sling maff-memaafkn
^_^


sama2 la kita amalkan sikap suka memaafkan org lain ye
golongan pemaaf adalah golongan yg berjiwa besar
jadi,
seharusnya dlm pergaulan kita x seharusnya mudah hanyut 
dipukul gelombang emosi semasa berdepan dgn karenah manusia...
kemudian anggaplah cabaran dari Allah utk mnguji ketabahan kita sbgai hamba yg bersabar....
maka,org2 sprti inilah sentiasa diberi hasanah didunia mahupun di akhirat
serta dijauhkan dr azab api neraka...
insyaAllah...:)


haa..selain tu, org yg suka mberi kemaafan pd org lain nie mpunyai jiwa yg besar malah kedamaian n ketenangan pasti meliputi di dlmnya sbgai anugerah dr Allah...
alhamdulilahhh.....:)


so....
bila si marah bertandang or bertapak di jiwa or hati..
cepat2 lah pujuk ye hati anda...
jgn benarkan si marah tu sggh tlalu lama...
hehe~


katakanlah pd hati anda...


"Aku memaafkannya kerana ALLAH"


ALLAH..ALLAH..ALLAH
ulang lah sebanyak mgkin,
kerana itulah kekuatan yg akan mnuatkan kita MAMPU n SENANG HATI
tuk memaafkan org lain....
subhanaAllah..:)

asy-syura 37
dlm surah ini tuhan memuji beberapa golongan
antaranya:
"Mereka yg apabila marah,mereka memberi maaf"