masa bukan emas..tetapi adalah nyawa dan kehidupan


tafakkur

Assalamualaikum....
olaaaaaa!!!!!!

haaaaa....cam biasa aq nk share lirik lagu ...
 ahhh~~xkira ape org nk kata...
 aq nk share gak..haha
 ni lagu tema blog aq..
 nah! nyanyi la..pe lagi..
 lirik da ade, lagu pun da ade...hehe~

okeh2~take a mood, take a feel...
meh..layan lagu ni jaap...
tarik nafassss....
muhasabah diri...insyaAllah..:))

TITLE:TAFAKKUR

Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian
Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu
Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu
Bumi akan sepi
Bangga sementara
adakah tempat kembali
adakah selain Allah

zupp~zupp~ (telepon ku bergetarrr)
menandakan ade sms masuk, yg berbunyi:

"Igtlah wahai insan, hiduplah sbgaimana kamu kehendaki TAPI ingat kamu akan MATI.
Cintailah sesiapa yg kamu khendaki, tp igt kamu akan bpisah dgnnya.
Buatlah ape yg kamu kehendaki tp awas kamu akan dibalas dgn ape yg kamu lakukan itu.
Kemuliaan org beriman terletak pd qiamnya dan kehebatannya bila dia x bgantung pd org lain.."



-thnks to kak syida atas peringatannya..^_^-

pabila kita mula memikirkan seseorg..
kita pasti akan mula tercari2 kehebatan pd dia..
mengaguminya..lps tu mula lah jatuh hati, jatuh mata. jatuh hidung
serta merasakan ingin mendekatkan diri pdnya...

kan2??

haa..begitulah...xkenal maka xtahu maka xcinta la...
tp teman2...algkh bgusnya..andai kita memikirkan pd Allah s.w.t..melihat kebesaranNya...
mengagung2kanNya...tuhan semesta alam...
insyaAllah, pasti kita akan lbh dkt pdNya, jatuh cinta pdNya...
serta meletakkan pengharapan sepenuhnya pd Dia...:)

tp egt, seandainya hidup kita langsung tidak meletakkan Allah sebagai satu-satunya tmpt mgharap, 
pasti akhirnya kita akan tewas wlau sehebat mn pun kita, walau seramai mana pun orang2 yg menyayangi kita...
MasyaAllah, hebatnya rasa menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat pengaharapan. 
Percayalah, andai kita meletakkan Allah di tempat paling utama dalam segala hal…
pasti segala duka akan berlalu…
nikmat cinta akan sentiasa mengelilingi kita…
sinar cahaya bagaikan sentiasa menanti di hadapan..
yakinlah pd Allah wahai sahabat...
betapa lemahnya jiwa jika kita mnjadikan manusia sbgai tempat kita bgantung kerana sekiranya manusia tersebut tidak lagi boleh dijadikan tempat bgantung,
maka ke mana lah kita hendak membawa diri…
ketika itu kita akan berasa lemah dan putus asa…
kehidupun akan terasa kelam bgaikan kapal karam yg akan tenggelam...

p/s: apepun, pengalaman mengajarkan erti kehidupan...
rugilah pd siapa yg tidk mngambil iktibar dlm kehidupan malah yg paling dekat...
iaitu KEHIDUPAN nya sendri...ariosss~~~






opick:
bes x my song??
teruskan menyokong nasyid ye!




*sekadar perkongsian kecil yg mampu ku titipkan disini*
-ku hanyalah hamba yg fakir-

kerana cinta

jom hayati seketika lirik lagu dari kumpulan mestica feat inteam...
bes liriknya.....
^_^

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula


Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala


Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka


Damai di jiwa
Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
Yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan


Dan jangan kita pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama


Cinta yang sejati
Hanya cintakan illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya


Cintakan saudara
Hanya sementara
Serta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan.. 





The Ten Principles of Hassan al-Banna



1.) The Unity of the Ummah. He considered it in itself a primary and important goal that we must strive for. "Do no disagree, then you fail and lose the wind (in your tail."

2.) The Agreement on Principal Matters. Such that we start by considering everyone who declares shahadah - La ilah illaAllah, Muhammad arrusulAllah - as our companion and part of the Muslim group.

3.) Assume First that You, Not Your Muslim Brother, May be Wrong. And see how you find the truth impartially.

4.) The Manners for Disagreement. That you should be as keen about listening to your brother's evidence and argument as you are about giving your evidence and argument, and be pleasant and smiling whether the result is for you or against you.

5.) Avoiding Arguing, Self-Righteousness, and Belittling of Others. Al Banna said: "No nation went astray after being guided, except after it fell to cursing and arguing." And: "He will have a place in Heaven that leaves arguing when he is wrong, and a higher place in Heaven if he leaves arguing when he is right."

6.) The Possibility of Mulitiple Correct Answers. He referred to the Prophet telling the sahabah to pray Asr in Bani Quraiza, how some of them prayed Asr when it's time came, while others prayed it when they reached Bani Quraiza after sundown, and how the Prophet praised both parties.

7.) The Group Participation in Agreed Upon Matters and to Excuse One Another in What is Disagreed Upon. He emphasized, "We all agree on prohibiting alcohol, adultery, and gambling, and we agree on the duty to govern according to Quran so let us invite governments to implement it; we agree that honor and respect are due to Muslims, so let us impart these ideals to Muslims, we agree that jihad is the means to accomplish honor so let us train the individual, and to raise children with the necessary spiritual and physical training."

8.) Thinking of the Danger of the Common Adversary. He reminded Muslims of the present external enemies who do not differentiate between Muslims or different views or different national origin. The enemy considers Muslims enemies of his religion, and their homelands a prize to be dominated for its resources. He emphasized the need for unity to deter aggression.

9.) Opening the Avenues for Work and Productivity. He recognized the duel purpose of working hard, to produce more and to stay free from the evil of idleness. He encouraged members to excel in schools and jobs, and to seek earning from lawful sources and to shun laziness and dependence on others. He encouraged them to fill in duties that others have not even identified, such as visiting brothers far and near, volunteerism, and to allow time each day for examining how they have done for the sake of Allah.

10.) Sympathy for Those Who Do Not See the Light. Rather than being angry with them or exposing their shortcomings. He never attacked his accusers or distractors on personal matter, but rather sought Allah's help in making His message clearer to those who were listening.



 


1 lagi....tanda perjuangan sem nie..MAKA...

1...
1...
1...
1...
1...
1...
1...



ONE MORE TOMORROW.....

BIOMECHANICS....
tanda perjuangan sem nie...
lps hbis paper nie...
maka berakhirlah sem4 ku di Unimap...
masih berbaki lg 4 sem...hohoho~
~pejam celik pejam celik, da ujung sem...
las paper lak tu...
cepat rasanya berlalu....


semoga las paper nie..dpt buat yg pling tbaik ah..
(harapnya la..hehe)

"Ya Allah..permudahkanlah urusan ku ini"




gmbar xbrape clear, anyway aq tetap syg korg sumer tau~(ape kaitannya dgn gmbr?haha)

selamat berjaya gak kepada budak2 biomed tahun dua....
rindu laaa korang nnt...pas exam cuti lama...huhu~

LUV U ALLS 4EVER N EVERRR....!!!
Hhehe~^_^~

10 LALUAN

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air
kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
 
Al Quran (3) Ali ‘Imraan : Ayat 102
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (QS 3:102)

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan." (3:185)
 
 
 
 

...

Ya Allah...
bantulah aku...
sesungguhnya hanya Engkau mampu membantuku...
dengarlah rintihanku ini Ya Allah...


kuatkanlah hatiku,diriku dan pemikiranku Ya Allah.

 
"ku hanyalah sebuah 'kotak'
yang bisa dibentuk...tapi,
yang bisa rapuh pabila dipijak..
yang bisa lebur pabila disirami hujan..
yang bisa lerai pabila dikoyak.."
 




Subhanaallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..


Ya Allah....
kuatkanlah aku...
dalam mengharungi hari-hari ku...
kuatkanlah aku dalam menghadapi karenah manusia...
jgnlah kau biarkan titik hitam menular di hatiku...
aku pinta dgn hatiku, dgn nafasku...
jauhkanlah aku dari sikap membenci sesama manusia....

Ya Allah...
aku mohon...
gagahkanlah aku dalam menjalani tugas dan amanah yg dipegang...

"jika kamu benar-benar ikhlas bjuang n bekerja, kamu xkan dpertanggungjawabkan oleh Allah untuk hasil usaha kerjamu tapi dpertanggungjawabkan atas kamu bekerja dan berusaha dgn ikhlas..
kalau xberjaya kita tetap mndapat ganjaran pahala selaku org yg bekerja bsungguh-sungguh. sekiranya berjaya. Alahamdulillah 2 pahala bg kita kerana bekerja dan berjaya, Allah bersama kita, teruskan usaha, kejayaan pasti dicapai oleh orang yg tetap bkerja dan berusaha"

yakin pada Allah bukanlah mgharap terkabulnya segala harapan, 
yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat,
yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya,
rasa bahagia dgn ujian walaupun perit,
di situ air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, 
indahnya tarbiyah Allah,
tersirat rahmat dan hikmah,
diuji kita sebgai tanda sayang dan kasihNya...


penuhkanlah kesabaran di hatiku ini Ya Allah...


Al-Furqan [75] Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya.
 
 Al-Mulk [2] Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun. 
 
 
ketika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah..
ketika tangan letih mggapai cita-cita, maka btakbirlah..
ketika bahu xkuasa memikul amanah, maka bersujudlah..
ikhlaskan semuanya dan dekatlah pada Allah S.W.T agar :
kita tunduk di saat yg lain angkuh,
kita teguh di saat yg lain runtuh,
kita tegar di saat yg lain terdampar....
 
semoga hidayat-Mu terus menyinar....
semoga kekuatan itu masih diberi oleh-Mu...
bersama-sama teman aku teruskan perjuangan....
hilangkanlah segala gundah kami....
hilangkanlah segala penat kami...hilangkanlah segala keluh kami....
yakinkanlah hati kami...  
jadikanlah ianya satu memori yang indah...
yang x akan dilupa hingga akhir hayat kami..
insyaALLAH...
HANYA DENGAN IZINMU YA ALLAH...
^_^






Perkara Ganjil
Yang Pernah
Dialami oleh seorang

“Penggali Kubur..”

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.
Pada suatu hari, pemuda tersebut
berjumpa dengan seorang alim/ahli
ibadah untuk menyatakan kekesalannya
dan keinginan untuk bertaubat
kepada Allah s.w.t.



Dia berkata,

"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.

Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu

dan ingin sekali bertaubat." 


Yang pertama, 
aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya.
Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

         Sambung pemuda itu lagi,

"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

           Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

          Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
 Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

           Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.

     Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
 Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.



Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya.
 Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
 Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka.




 Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.



Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah


setiap perkara ada regunya...
hitam regunya putih...
siang regunya malam...
regu lelaki adalah perempuan...
perempuan regunya adalah lelaki...
proton regunya elektron...
cas negatif regunya cas posotif...
apa yg tidak mpunyai regu hanyalah zat Allah s.w.t


firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. (Surah al-Zariyat, ayat 49) 

begitu juga dengan kehidupan manusia...
regunya adalah KEMATIAN...
regu dunia pula adalah AKHIRAT....
maka siapkan lah diri kita untuk menempuhi akhirat nanti...
kerana kehidupan kita bukan hanya akan terhenti di dunia yg sementara ini...
kita akan DIBANGKIT kembali...
di akhirat...



 .

HIKMAH SUJUD

Hikmah sujud antara lain ialah:

Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 


Bernafas ketika sujud akan :

1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
tempat asalnya.

2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed
uterus/fallen band womb)

3- Melegakan sakit hernia.

4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts
of the lungs )

6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN
(limpa)

7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang
lingkungan bahagian belakang tubuh.

8- Meringankan bahagian PELVIS.

9- Memberi orongan untuk mudah tidur .

10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika
akan sujud dan bangun darinya.

11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan
elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan
darah yang baik (smooth blood circulation).

12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih
baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar
dari sakit buah dada.

13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).

14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ
peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari
sakit bergelombang perut convulsions.

15- Otak manusia (organ terpenting ) menerima banyak bekalan
darah dan oksigen.

16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima
pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah
penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS
DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di
hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat
dikikiskan.. insyaAllah.. 

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau 
jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau
beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)


















terima kasih Tuhan Ku..:)

Kala malam...
bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa Mu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasih ku padamu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya Dirimu yang tahu besar rasa cintaku pada Mu
Oh Tuhan anugerah Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dari Mu

 Terima kasih ku padamu Tuhanku...

Engkau sisihkan semua aral melintang di hadapanku
dan buat terang seluruh jalan hidup tuk melangkah

Terima kasih ku padamu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya Dirimu yang tahu besar rasa cintaku pada Mu
Oh Tuhan anugerah Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dari Mu..



huhu
da hayati da lagu nie?
korang semua pernah dgr xlagu nie...?
nyanyian Rossa...bgus liriknya
1st tyme dgr lagu nie,
aq jdi sebak...
sedih...
sayu...
kenapa?

tetiba aq merasakan diriku sgt hina...
hina kerna masih tidak dapat mnjadi hamba Allah yg sempurna
mgkin kekadang aq tersesar dri jln yg lurus...
terleka dgn kehidupan di dunia..
terbuat sahabat-sahabat atau insan-insan lain terluka hatinya..
sedangkan,
sungguh banyak dan luas nikmat2 yg Allah s.w.t telah kurniakan tuk hamba-hambaNya di muka bumi nie...
xhenti-henti...
begitu sayang Allah pd kita semua...
subhanallah..
betapa wajibnya kita bersyukur pd kurniaan nikmat dr pencipta alam semesta ini
Ya Allah..alhamdulillah wasyukurillah..

rasa syukur,
aq pasti sahabat-sahabat punyai rasa itu...
setiap dlm hati manusia pasti ada rasa itu...
cuma, kita perlu membuka hati dan berikan sdikit usaha tuk melahirkan rasa itu...
jika hati tidak mahu serta enggan kerana riaknya dirinya pd Allah...
serta malas berusaha tuk mensucikan hatinya...
pasti 'rasa' syukur itu hilang
hilang kerana kegelapan hati...
justeru itu menggelapkan jalan hidup kita..
jln menuju kebahagiaan akhirat yg kekal abadi
semoga kita dikuatkan lg dlm meniti kehidupan ini..
agar sentiasa di jalanNya...
agar sentiasa menjadi lebih baik...
oleh itu..
sementara diberi waktu dlm meneruskan tugas kita dlm kehidupan ini..
sama2 lah kita cuba sedaya upaya menjadi yg terbaik...
bukan sedaya upaya mndapatkan apa yg ade di dunia sahaja...
tapi egt...AKHIRAT
alam yg kekal...
curahkan lah usahamu yg terbaek demi mndapat tmpat yg bahagia disana
pd suatu masa nnti...
insyaAllah sahabat-sahabatku...

sentiasalah berubah...
berubah dari tidak baik kpd baik,
kmudian, dr baik kpd lebih baik,
seterusnya, dr sgt baik kpd cemerlang,
dan, dr cemerlang itu jadilah kamu hamba Allah yg sgt cemerlang di dunia serta akhirat....:)
biarlah apakata orang,
biarlah ape jua aral yg mndatang,
kuatkanlah dirimu sahabatku...
yang penting
dalaman kita,
amalan kita,
pastikan hati kita...jiwa kita...nurani kita bersih...
kdg2, mungkin org tidak nampak perubahan diri kita...
tapi itu tidak penting,
jgn sesekali jdikan kata-kata org itu 'pelumpuh' semangat mu..
ape yg penting, Allah tahu ape niat, fikiran, perbuatan kita...
                                        dan semua itu pasti akan dihitung olehNya...
jgnlah memikirkan yg tidak baik pd ketentuan Allah
sesungguhnya setiap yg Allah jadikan dan tentukan pasti ade hikmah n sebabnya...
kita sebagai hambaNya,
redhakanlah hati...
terimalah takdir...
jadikan setiap peristiwa dan kejadian sbgai pembakar atau pelonjak kpd dri kita sndri...
tuk menjadi lebih baik dri seblum ini...
insyaAllah sahabat-sahabatku....
Allah sentiasa berada dgn kita...
dekat di hati kita....
mohonlah, berdoalah kpd Nya..
Allah pasti bantu kita..:)
malah sesungguhnya Allah bnyak mengurniakan kita anugerah yg tak kan kita terkira betapa bnyakkah nikmat itu, berapakah bilgan nikmat itu...
tak mungkin....
kerana nikmat Allah itu sgtlah luas....

Dalam hadits dikatakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« إِنَّ اللَّهَ قَالَ لِى أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ ». وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يَمِينُ اللَّهِ مَلأَى لاَ يَغِيضُهَا سَحَّاءُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْفَقَ مُذْ خَلَقَ السَّمَاءَ وَالأَرْضَ فَإِنَّهُ لَمْ يَغِضْ مَا فِى يَمِينِهِ »

“Allah Ta’ala berfirman padaku, ‘Berinfaklah kamu, niscaya Aku akan berinfak (memberikan ganti) kepadamu.’ Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Pemberian Allah selalu cukup, dan tidak pernah berkurang walaupun mengalir siang dan malam. Adakah terpikir olehmu, sudah berapa banyakkah yang diberikan Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada di Tangan Allah, tidak pernah berkurang karenanya." (HR. Bukhari no. 4684 dan Muslim no. 993)

setiap pagi...
apabila mata dicelik..
kita masih  bisa menikmati kesegaran udara...
kita masih  bisa menghirup serta merasa udara yg mengalir hingga ke rongga
oksigen mengalir hingga ke jantung dan dipam ke seluruh badan...
dari situ sistem-sistem dlm badan berfungsi dgn baiknya.... :)
kita masih diberi nyawa lgi tuk hidup...
kita masih mampu melihat dunia yg penuh berwarna-warni ini...
kita masih mampu merasa bunyi-bunyian indah dibumi ini..
kita masih boleh berjalan, mbuat kerja, ke kelas tuk mnuntut ilmu, 
masih ade ibu n bapa...tuk bmanja,tuk segala2nya,
masih ade kwn2 tuk sama2 suka duka...
apbila lapar, kita makan
apbila mengantok, kita tidur dgn lenanya
bukan kah itu semua nikmat yg penguasa alam ini yg anugerahkan pd kita?
subhanaAllah...
mungkin kadg2 mgkin kita x terpikir dan m'anggap hal ini remeh je...
sesungguhnya siapakah yg mampu meberikan nikmat sebegini???
sungguh xterungkap kata-kata syukur kami pdMu...
pada nikmat Mu
pada anugerah Mu
alhamdulillah...

Allah berfirman,
مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ

Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh-Nya maka tidak ada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu.” (QS. Fathir: 2).

bukalah pintu hatimu, carilah anak-anak kunci pintu hatimu....
tuk menghidupkan hatimu....
antara kunci-kunci itu adalah kesabaran,kekuatan,ketabahan, dan rasa syukur...


 Allah itu Maha Pengampun...




terima kasih Tuhanku, Allah Maha Besar
 -hanya Egkau yang mengetahui betapa besar rasa cinta ku padaMu-