masa bukan emas..tetapi adalah nyawa dan kehidupan


Al-buraq...sepantas cahaya....

Buraq...
pernahkah kalian semua mndngrar nama ini??
(tuk makluman korang semua... aq bru tahu je apekah itu buraq..huhu)
buraq atau juga disebut al-buraq adalah bererti kilat cahaya....(dari segi bahasa la)
Ia adalah sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari himar (keldai) dan kecil sedikit dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda)...

Diriwayatkan juga buraq ini merupakan makhluk yang menyerupai haiwan lagenda iaitu seekor kuda putih yang bersayap burung berbulu pelepah yang besar.
Namun ada juga yang mengatakan buraq menyerupai burung putih yang besar. 
Walaubagaimanapun ia dijadikan oleh Allah bukan dari jenis yang berdarah, berdaging dan bertulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan daripada cahaya.
subhanallah...hebatnya ciptaan Allah... 

korang tau x apa kisah yang berkaitan dgn buraq nie?
okeh2~
kepada yg dah tahu... alhamdulillah...
kpda yg blom...meh sdikit sbnyak aq nk cerita....
aq pun bru je tahu... dah mncecah 20-an bru thu pasal buraq nie...huhuh~
ape daa...~

Hikmah dijadikan buraq yang berfungsi sebagai kenderaan dan pesawat angkasa menyerupai seekor binatang walaupun unsur kejadiannya daripada cahaya, adalah bagi memudahkan nabi Muhammad s.a.w memahami tujuan Jibril datang membawa makhluk menyerupai haiwan untuk dikenderai oleh Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra dan Mikraj sbb kenderaan yg lazim digunakan oleh manusia pada ketika itu ialah haiwan sama ada unta atau kuda dan seumpamanya.

ok...first...mcm nie...
bermula dgn kisah bumi dan langit pd mulanya...
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.

Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." 

Buraq Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. 

Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kpd buraq itu dan membawanya
kpd Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam. 

Ketika sampai di bumi, buraq yg dibawa oleh Jibrail a.s itu menendang-nendangkan kakinya. Ia seolah-olah xmahu ditunggangi. Melihat demikian, malaikat Jibrail a.s memegangnya dan berkata, "Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yg akan menunggangi engkau adlh orang yg paling mulia di sisi Allah". Mendengar perkataan Jibrail a.s itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan malu-malu dan tidak lg resah. Nabi S.A.W pun naik ke tempat yg tersedia di atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi S.A.W.

Setelah siap segalanya, terbanglah buraq membawa nabi Muhammad S.A.W memulakan Israk. Dalam perjalanan itu, Jibrail a.s mendampingi nabi S.A.W di sebelah kanan baginda S.A.W manakala Israfil di sebelah kiri.

jadi....tuk pngethuan semua..Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj. 









 









No comments: