masa bukan emas..tetapi adalah nyawa dan kehidupan

Corakkan Hidup Dgn Corak Terbaek....Kerana ALLAH S.W.T..^_^

*teks warna purple tu adlh petikan dari lagu opick-astaghfirullah*


"Laa ilahaa’illa anta
Ya hayyu ya qoyyum
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hiladzim"


Sabda Nabi:


"Mahukah kamu aku tunjukkan satu amal yang paling baik paling suci di sisi Tuhanmu paling tinggi kedudukannya. lebih baik dari sedekahkan harta wang dan harta, lebih baik dari bergerak menggempur musuh, lebih baik dari membunuh atau terbunuh. Ketahuilah perbuatan itu ialah ZIKRULLAH" [Riwayat Tirmizi, Ibnu Majjah dan al-Hakim bersumberkan Abi Darda']


ألا أدلكم على خير أعمالكم وأزكاها عند مليككم وأرفعها في درجاتكم وخير لكم من إنفاق الذهب والفضة وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ويضربوا أعناقكم، قالوا: بلى يا رسول الله، قال: ذكر الله تعالى


Maksudnya: “Mahukah kamu semua aku tunjukkan amalan yang lebih baik dan lebih suci di sisi Tuhan-mu dan yang lebih tinggi kedudukannya? Lebih baik bagi kamu berbanding menginfakkan emas dan perak? Lebih baik dari kamu bertempur dengan musuh, kamu memancung mereka dan mereka memancung kamu?” para sahabat menjawab: “Bahkan wahai Rasulullah,” baginda bersabda: “Zikrullah taala.”




"Kubuka jendela pagi di udara yang letih
Deru geram nyanyian jaman
Bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
Halalkan segala cara untuk hidup ini"




Allah S.W.T telah menegaskan bahawa Dialah telah sempurnakan kepada umat manusia agama Islam sebagai cara hidup manusia.FirmanNya yang berbunyi:

" Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu agama kamu.

( Surah al-Maidah ayat : 3)



Allah S.W.T mengutuskan Rasulullah S.A.W dengan bimbingan al-Quran untuk menjadi panduan hidup manusia di mana Allah S.W.T tidak menzalimi manusia dan makhlukNya tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri sendiri.
Dalam hubungan sosial,Islam meletakkan asas-asas kukuh dalam pergaulan hidup manusia seharian.Batasan-batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan telah digariskan oleh Islam agar manusia tidak melakukan dosa dan melanggar syariat hukum Allah S.W.T.





Sabda Rasulullah S.A.W
" Sesungguhnya yang halal itu nyata dan haram itu nyata…………."



"Nafsu jiwa yang membuncah
Menutupi mata hati
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim"

jihad melawan hawa nafsu juga adalah suatu yang dituntut oleh syarak. Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW: “Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” HR Tirmizi (no: 1621). Katanya: Hadis Hasan Sahih.


" Wahai orang –orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari seksaan api neraka.

( Surah al-Tahrim ayat: 6 )

Islam telah memberitahu manusia bahawa suatu hari nanti mereka akan dibangkitkan selepas mati untuk menerima pembalasan dari apa yang mereka lakukan di dunia.Oleh yang demikian Islam telah memberi pengakuan dan jaminan bahawa manusia yang beragama Islam dan beriman dengan segala Rukun Islam dan Rukun Iman akan mendapat nikmat Syurga yang Allah S.W.T janjikan kepada manusia.

Pengikut-pengikut agama lain selain agama Islam tidak mendapat nikmat kebahagian malah mendapat azab seksaan api neraka.



Firman Allah:
" Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh sesungguhnya bagi mereka Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai………."
( Surah al-Baqarah ayat : 25 )



 Firman Allah Swt:
“Maha Suci Allah Yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.”
(QS al-Mulk [67]: 1-2)




"Kubuka jendela pagi dan dosa pun menghampiri
Suara jerit hati kuingkari
La ilaha illa anta ya
Subhanaka inni kuntu
Minallahdholimin"




Hati akan hidup apabila hati itu menerima benih tauhid dari hati yang hidup kerana benih seperti itu sihat walafiat, benih yang cergas dan aktif. Tidak ada benda tumbuh dari benih yang kering dan mati.


Firman Allah:

“...sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”
(al-Baqarah: 222).



“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-Syuura: 25).

“Orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal salih, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Furqan:70).



Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

*Ketahuilah bahawa tanda taubat itu diterima Allah ialah perbuatan dosa itu tidak berlaku lagi.





Islam mengatur hidup manusia dengan penuh bijaksana dan penuh keadilan,mengajar manusia nilai-nilai mulia,mengharamkan penindasan,haramkan maksiat,haramkan syirik kepada Allah S.W.T,menyarankan hidup bersatu padu,tolong menolong dan mewujudkan masyarakat madani yang murni yang mendapat hidayah Allah S.W.T.








 
semoga entri nie dapat memberi manfaat pd korang n pd aq sndiri jgk dlm mjlnkan nikmat kehidupan yg dikurniakan Allah s.w.t sbgai manusia yg bergelar hamba Allah...:)
sesungguhnya,solatku,ibadahku,hidupku,matiku hanyalah keranaMu Ya Allah






sumber :  motivasi-hadis
                :  ikut berjuang berkorban demi cinta



7 comments:

iq jauh said...

best btul port ni.hehe
nice job.
berinformasi

cik wanie in da house said...

haha~ port kata anda kata hati...
ilmu yg kita dpt tu kan harus dikongsi..hehe~
bo, sori math smlm xdpt jwb la..uwaa~

immukmin said...

hahahaah......wani terbaiklah entri kali nih..hohoho..sbenernya semua entri best2..hak3!!!...keep it up..ok??=)

Ir syahbiz said...

tahniah dengan blog yg serba dipenuhi dengan ilmu2x,congrates....

cik wanie in da house said...

ape yg baik dtg dari Allah..
ape yg kurang disandarkan dari sy sndri..
alhamdulillah...semoga mberi manfaat pd semua n pd dri sy sndri jga...insyaAllah

Anonymous said...

...Dan hakikatnya,
semuanya datang dari yang maha Esa...

cik wanie in da house said...

Anonymous:
yup..tiada penafian lg....
Allah yg mberi n mnentukn segalanya...
Sesungguhnya tdk ada satu binatang melatapun di Bumi melainkan Allah lah yg memberi rezkinya
n firman Allah Ta’ala:
“Dan Dia-lah Maha Pemberi keputusan lagi Maha Mengetahui” (QS Sabaa’:26).