masa bukan emas..tetapi adalah nyawa dan kehidupan


ruh sebagai kurniaan dari Allah s.w.t kepada manusia...


Kejadian Manusia




Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):


"Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga."



 MENURUT PANDANGAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI:


Allah s.w.t mula-mula menjadikan cahaya atau Nur Muhammad dari nur sifat jamal-Nya. Nabi besar Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa 
Allah berfirman:


“Aku jadikan ruh Muhammad s.a.w. dari cahaya wajah-Ku.”


Nabi juga bersabda:


“Yang awal dijadikan Allah ialah ruhku. Ia dijadikan dari cahaya roh ketuhanan.”

Nabi s.a.w bersabda:
“Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama yang diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal.”

jelaslah, bahawa....

nur, roh, qalam dan akal

inilah yang mula2 dijadikan n dizahirkan oleh Allah s.w.t
ini merupakan satu hakikat yang juga digelar 

-sebagai nur atau cahaya yang bersih dari kegelapan yg tsembunyi di bwah sifat jalal
atau digelar nur kerana cahaya tersebut, segala kegelapan musnah.

 -sbgai ‘aql al-kull (akal semesta) kerana tahu dan melihat segala sesuatu. 

-sbagai qalam kerana ia menyebarkan ilmu dan hikmah dan menzahirkan ilmu dalam bentuk huruf dan perkataan.

 -sbgai Ruh-ul-Muhammadiyah (ruh Muhammad) itu adalah zat segala yang wujud. Ialah awal dan hakikat alam semesta ini.

Allah berfirman:
“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan.” (Surah al-Maidah : 15).

Baginda s.a.w pernah bersabda:
“Aku dari Allah dan orang-orang beriman dari aku.”

Allah s.w.t terbitkan segala ruh dari ruhnya. 
Muhammad ialah nama bagi manusia dalam alam arwah dan merupakan sumber dan asal segala perkara. Selepas terzahirnya nur Muhammad, maka Allah jadikan atau zahirkan ‘Arasy dari cahaya mata hakikat Muhammad itu dan Allah jadikan makhluk-makhluk yang lain dari ‘Arasy itu.
Kemudian Allah turunkan segala ruh itu ke peringkat makhluk yang paling rendah iaitu alam ajsam atau alam fizikal atau alam kebendaan yang nyata ini.
Firman Allah s.w.t:
“Kemudian Kami kembalikan (turun) dia ke tempat yang serendah-rendahnya.” (At-Tin : 5).
Allah turunkan cahaya itu dari tempat kejadiannya iaitu dari alam lahut ke alam asma Allah iaitu alam penzahiran sifat-sifat Allah, alam akal ruh semesta. Disana ruh-ruh itu dipakaikan dengan cahaya (nur). Dari situ, ruh-ruh turun ke alam malaikat. Di situ ruh-ruh itu dipakai dengan pakaian kemalaikatan yang gemerlapan.

Kemudian diturunkan mereka ke alam kebendaan yang terjadi dari unsur api, air, angin dan tanah. Maka ruh itu diberi badan yang terjadi dari, daging, tulang, urat dan sebagainya.


Firman Allah:
“Darinya Kami menjadikan kamu kepada-Nya Kami mengembalikan kamu dan daripada-Nya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain.” (Toha : 55).

Allah perintahkan ruh-ruh itu menyerap ke dalam badan yang dikhaskan untuk mereka masing-masing.

Firman Allah:
“Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan kepadanya ruh-Ku, maka hendaklah kamu tersungkur bersujud kepadanya.” (Surah Sad : 72).

Setelah ruh diperbadankan,
 maka lupalah ia asalnya dan perjanjiannya dengan Allah s.w.t. 
Lupalah ruh itu yang ia datang dari alam ruh.
Lupalah ia perjanjiannya dengan Allah tatkala di alam ruh mereka ditanya,
 “Bukankah Aku ini Tuhan kamu?” 
Mereka menjawab, 
“Benar Engkau adalah Tuhan kami dan kami menyaksikan.”
 Lupalah ia asal usulnya dan perjanjiannya dengan Allah.
 Lupalah ia yang ia akan kembali kepada Allah s.w.t.

Tetapi Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Allah tidak biarkan ruh-ruh itu dalam kesesatan.
 Disedarkan-Nya semula dengan mengutus para nabi dan para rasul dan kitab-kitab untuk menyedarkan mereka supaya jangan terlupa dan lalai.

Firman Allah:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami (dan Kami perintahkan kepadanya): Keluarkanlah kaummu dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah....” (Surah Ibrahim : 5).


Ini bermaksud ingatkan kembali kepada ruh-ruh itu tentang kesatuan dan keesaan mereka kepada Allah.
Telah ramailah para rasul datang ke planet bumi ini seorang demi seorang,
 silih berganti,
 menjalankan tugas yang diletakkan ke atas bahu mereka oleh Tuhan sekelian alam dan setelah tugas mereka selesai mereka pun kembali ke hadrat Allah s.w.t.
 Mereka datang untuk menyedarkan setiap orang tentang asal usul mereka, 
siapa diri mereka sebenarnya,
 dari mana datang dan ke mana pergi.

Tetapi orang-orang yang ingat kepada Allah,
 yang menghadapkan wajah kepada-Nya,
 yang mahu kembali ke tempat asalnya dan orang yang sampai ke matlamatnya makin lama makin berkurangan.
 Rasul-rasul terus datang seorang demi seorang dan kerasulan terus diturunkan hingga sampai ke Nabi Muhammad s.a.w.
 iaitu Nabi terakhir dan rasul terakhir.

Allah datangkan para rasul itu untuk membuka mata hati insan supaya sedar dari kealpaan dan kelalaian dan menjemput kembali masuk ke dalam sifat Allah al-jamal,
 Pencipta dan seterusnya masuk ke peringkat hakikat atau realiti 
atau Zat ketuhanan Allah s.w.t.

 Allah berfirman:
“Katakanlah: “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yang nyata...” (Surah Yusuf : 108).

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“Sahabat-sahabatku adalah ibarat bintang-bintang di langit. Yang mana sahaja anda ikut di antara mereka itu, maka anda adalah berada di jalan yang benar.”


Pandangan ini datang dari mata hati atau mata ruh.
 Mata ini terbuka dalam hati bagi hati orang yang hampir dengan Allah. 
Semua ilmu dalam alam dunia ini tidak akan dapat memberi pandangan ini.
 Seseorang itu perlu ilmu yang datang dari alam ghaib iaitu ilmu yang melimpah keluar dari kesedaran ketuhanan.

Firman Allah s.w.t:
“...yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.” (Surah al-Kahfi : 65).

Apa yang perlu bagi kita ialah mencari orang yang memiliki pandangan mata hati yang mata hati mereka celik terbuka dan menerima ilham atau inspirasi dari mereka.
Orang inilah guru yang dapat membantu seseorang itu membuka mata hatinya.
 Tentu saja guru seperti ini adalah guru yang hatinya hampir dengan Allah s.w.t dan mata hatinya dapat menembus ke alam ghaib.

Masuklah menjadi ahli golongan orang yang berjalan kembali menuju Allah. 
Jangan ditunggu hingga jalan itu tidak boleh dilalui atau hingga tidak ada lagi orang yang berminat menempuh jalan ini.
 Kita ini datang ke bumi yang sempit dan fana ini bukan untuk makan, minum dan berfoya-foya semata-mata.
 Ruh Muhammad s.a.w sedang memerhatikan kita.
 Kalau kita tidak mempedulikan ajarannya alangkah hiba dan duka hatinya. 

Pernah Nabi s.a.w bersabda:
“Aku berasa dukacita terhadap umatku yang akan datang di kemudian hari.”

Apa saja ajaran atau risalah yang disampaikan kepada manusia adalah dalam dua bentuk iaitu zahir atau batin,
 nyata atau ghaib, 
nampak atau tidak nampak.
 Yang zahir ialah hukum syariat dan 
yang batin ilmu atau hikmah.

Firman Allah:
“Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyambah Aku.” (Surah Dhariyat : 56).


Dengan kata lain,
 manusia dicipta untuk mengenal Allah.
 andai kita tidak kenal Allah maka bagaimana hendak menyembah-Nya, 
memuji-Nya dan memohon pertolongan dari-Nya.
kenalilah Allah dgn hikmat,
carilah hati kita,
bersihkan hati kita,
lihatlah keindahan ketuhanan

 Allah s.w.t yang berfirman melalui lisan Nabi-Nya bersabda:
“Aku ini harta tersembunyi. Aku ingin dikenali. Maka sebab itulah Aku jadikan Makhluk.”

tujuan Allah menjadikan insan ialah supaya insan itu mencari ilmu untuk mengenal-Nya.
 ilmu yang membawa kepada pengenalan terhadap zat Allah
 terletak dalam ruh-ul-qudus
 yang ada pada insan yang mengenali rahsia-rahsia akhirat.

 Allah menyebut perkara ini seperti

 firman-Nya:
“...dan Kami memperkuatnya dengan Ruh-ul-qudus...” (Al-Baqarah : 87).
Mereka yang kenal zat Allah memperoleh ilmu ini melalui ruh suci yang terpendam dalam diri mereka itu.
 Kedua-dua ilmu tersebut diperolehi dengan 
ilmu hikmah atau makrifah yang
aspeknya pun dua juga iaitu ilmu hikmah yang dalaman dan ilmu zahir atau luaran.
 Kedua-dua ilmu ini perlu bagi seseorang yang inginkan kebaikan dan kebajikan.

Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Ilmu itu ada dua bahagian, yang pertama pada lidah manusia iaitu menjadi bukti adanya Allah dan yang kedua terletak dalam hati manusia. Inilah yang perlu untuk mencapai harapan dan matlamat kita.”

Firman Allah:
“...Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam ibadat kepada Tuhannya.” (Al-Kahfi : 110).

Tahap atau alam makrifah ini ialah tahap atau alam tertinggi dan yang mula-mula diciptakan. Itulah alam atau tahap asal dan ke sanalah kita akan kembali. 
Di situlah asalnya Ruh-ul-Qudus. 
Yang dimaksudkan Ruh-ul-Qudus ini ialah ruh insan. 
Ruh ini dijadikan dengan rupa yang paling indah. 
Hakikat ini terhunjam dalam hati sanubari insan sebagai amanah Allah yang dipikulkan kepada insan untuk memeliharanya.
 Ianya terzahir melalui taubat nasuha dan keikhlasan untuk menuntut ilmu agama.

Keindahannya bersinar terzahir apabila seseorang itu mengingati Allah
 terus menerus dengan zikir La ilaha illallah.
 Pada permulaan, baca zikir ini dengan lidah.
 Kemudian apabila hati telah hidup dengan zikir ini, maka zikir itu dibaca dalam hati.
jangan sesekali bercerai tanggal dengan khaliqmu.
jangan biarkan 
hijab,
  tirai, 
ataupun halangan 
berlabuh antara diri kita dengan Allah s.w.t.


Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, 
ajal kematiannya, 
amalannya
 dan nasibnya 
sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. 
Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat.
 Boleh jadi dia sangat baik sepanjang hayat 
 tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.


bersyukurlah sentiasa dgn nikmat-nikmat Allah..:)















sumber:
 blog motivasi dan hadis
web halaqah online



No comments: