masa bukan emas..tetapi adalah nyawa dan kehidupan


mutiara Ilahi

hanya manis kata bisa meleraikannya,
setiap detik mencari kebahagiaan,
setiap saat mencari kebenaran,
perubahan diri bukan untuk dipermainkan,
tetapi ia adalah asbab realiti kehidupan,
merangkak-rangkak memayungi rentetan hidup,
kesusahan bukan batasan untuk berjaya,
setiap kali melihat gadis ini pasti ada sesuatu yg menjadi tumpuan,
Apakah itu?
sudah pasti senyuman,
tutur katanya sopan bukan lambang kelemahan,
tetapi ia adalah senjata menawan kekasaran,
kadang-kadang apabila bersamanya pasti ada yang senang,
apabila kesuyian dia pasti mengembirakan...

*______ nama diberi,
sangat peramah dan mudah mesra,
mesranya bersahaja tetapi bisa menambat hati yang lara,
tidak mudah mengalah kerana dia percaya yang Allah sentiasa bersamanya,
pernah terlihat titisan airmatanya,
tetapi disorok untuk menyenangkan semua,
dalam diam dia mencari kekuatan,
mutiara yang menitis dikutip semula,
bukan kerana dia menyesal tetapi mencari kekuatan yang hilang,
hidupnya penuh dengan liku-liku,
tetapi itu sudah bisa mematangkannya,
dialah segala-galanya untuk keluarganya,
setiap liku ketentuan Ya Rabb adalah rakaman indah untuknya,
bercerita tentang kisah Rabiatul Addawiyyah pasti bisa mengubatnya,
seorang serikandi yang susah,
tetapi kaya pada tangan Allah,
lagenda Rabiatul Addawiyyah sudah cukup menggarisi hidupnya...

hahaha, bila bertemu denganya pasti senyuman yang diguris,
dari jauh dia merendahkan kepala,
bukan kerana merendahkan kehormatannya,
tetapi menghormati ukhuwah,
dalam menjalani hidup tawakal dan usaha didamping selalu,
InsyaAllah gadis ini pasti berjaya,
mengharungi hidup dengan penuh tabah dan istiqamah,
sentiasa mencari redha dan pelukan Ilahi,
semoga hidup gadis ini diberkati dan dirahmati,,

jadilah wanita solehah yang memayungi panji-panji Allah,
jadilah wanita yang bisa menggegarkan dunia kerana Allah,
kerana ketabahanmu umpama Sumayyah,
contohi Sumayyah,
kerana syahidnya mempertahankan islam,
semoga rangkaian hidup dipatri olehmu,
adalah rangkaian hidup pejuang fillah,
jadilah mutiara yang tersimpan didasar yang dalam,
tak bisa disentuh tetapi penuh bermakna dan berharga..
semoga berjaya!!!!!!


nukilan: (immukmin
atau nama sebenarnya muhammad khairudden


sbenarnya,ini adlh nukilan puisi dari seorang sahabatku....
dia ni memang suka bab2 puisi....
kalu rajin terjah blognya, bnyk cerpen2 ringkas yg korang boleh baca...
hurmmm...
pd mulanya tergelak baca puisi nie.....
begini rupanya expectation dia kat aq....
aq bukannya sebagus or semacam org dlm puisi tu punn sebenarnya....
sometimesss...
aq juga selalu rasa terputus asa,
diliputi rasa malas serta memejam mata tuk berusaha,
hehehe~
apepun
apepuuun, buat sahabat juga merangkap classmate ku ini...
trimas tuk puisi ini...
kini tiap kali aku baca puisi nie...
actualllyyyy...."tertacim" rasanya...heuheu~~.
dlm hati kecil ni...nak jugak  benar2 jadi gadis sperti dalam puisi ini...
bilamana saat kesusahan dtg menimpa dan menghimpit diri,
La Ilaha Illallah mnjdi ucapan dibibirku...
tanganku menadah ke langit, memohon bantuan Penciptaku
dengan sepenuh kudrat ku langkahi segala dugaan yg datang
dengan sepenuh hati ku terima dan redha...
dengan berbekal semangat aku cuba redah segala kepayahan...
ku percaya, 
di sebalik kepayahan itu sentiasa ada kesenangan...
Ya Allah, Pelindungku....ku mohon kekuatan..=)

tuk sape2 yg baca entri nie...
puisi ni jugk boleh jdik milik korang.....
sbb tu aq kosongkan ruangan nama....
smoga sdkit sbnyk boleh bg semngat kat korang...
n semoga sentiasa upgrade agr mncapai makna sbnr yg dimaksudkan dgn "MUSLIMAH YANG SOLEHAH"
aminnn...
........^^




No comments: