masa bukan emas..tetapi adalah nyawa dan kehidupan


~syukur dan hargai~ ibu kau dihati selamanya :)


sbgai pembukaan entri kali nie,
daku ingin kongsikan sebuah lirik lagu by opick terlebih dahulu...hehe~
setiap bait-bait lagu-lagunya sering menyentuh hatiku...
buat aku sedar siapa aku...
apa tugasku...
pada siapa ku harus kembali...
dan dunia ini hanyalah sementara
akhirat kekal abadi...

sama2 kita hayati

taubat by opick

"wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu"
wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah, terangilah
jiwa di hitam jalanku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau 
maha pengampun dosa


Ya robbi, ijinkanlah 
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau 
sang maha pengampun dosa
berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...
dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...




"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

jadilah manusia yang bersyukur..

apa kata hati kalian tika melihat gambar dua beradik nie?

saat melihat gambar nie...
hati kecil ku ini sayu,sedih...
begitu kasih seorang abang pada adik kecilnya...
tiada ibu..tiada bapa disisi....
tanpa rumah
mereka bertilamkan lantai, berbumbungkan langit...
biarpun berpayungkan panas terik matahari,
biarpun tubuh dilanda hujan...
demi sesuap nasi...
mereka terpaksa mengemis di jalanan...
walau apa jua keadaan, 
si abang tidak pernah meninggalkan adik kecilnya....
malah meribanya dgn penuh kasih serta sayang..
Ya Allah, aku mohon padaMu Ya Allah,
bantulah anak2 kecil ini Ya Allah....:(



Ya Allah...
betapa besar nikmat kurniaanMu Ya Allah padaku...
mungkin aku bukan dari keluarga yang lengkap....
aku x punyai bapa disisi...
mungkin aku hampir lupa bagaimanakah kasihnya seorang bapa...
mungkin hati kecil ku pernah mengharapkan kasih seorang bapa 
mungkin hati kecil pernah cemburu pada teman-teman yang punyai bapa 
astaghfirullah...
tapi..itu dulu2..waktu fikiranku belom matang sepenuhnya
tapi..aku redha...pada setiap yg Engkau tentukan...
pasti ada hikmahnya...
aku sedar....
walaupun ku xpunyai seorang bapa disisi...
aku punyai seorang ibu...
seorang ibu yg tabah
yang tidak putus berusaha mencari rezeki halal demi anak-anaknya
dialah ibu yang menjaga kami dari saat kami masih lagi kemerahan hingga kini
ibu kaulah ratu hatiku..:)
sesungguhnya aku sangat bersyukur padaMu Ya Allah...


p/s:
 egtla...tika dikau merasakan dirimu susah... masih ada lagi yg merana darimu...
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.



sayangilah mereka

bagaimana plak ngan gambar nie??
ape perasaan korang tengok nie???


seorang wanita tua...
yang mungkin juga seorang ibu...
terpaksa bekerja keras...
begitu kental mengangkat beban sebegitu...
orang2 muda pun masih belum tentu mampu dan mahu...
di manakah anak2 si ibu tua ini?
di manakah mereka semua???
sedang mereka semua sibuk mengejar kenikmatan dunia...
si ibu tua ditinggalkan di pelosok kampong....
bersendirian....
inilah realiti kehidupan sekarang...
ramai yang mengabaikan kedua ibubapa mereka..
malah, ada juga yang menegakkan agama Allah tetapi dalam pada masa sama dia telah mengabaikan ibunda nya...masyaAllah...
semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini....
nauzubillah...

sedangkan ini ada  disebut dlm al-Quran:

"Dan Rabbmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah (beribadah) selain Dia dan HENDAKLAH BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya telah sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan "Ah!" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Rabbku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil" (Surah al-Isra': 23-24


aq juga mungkin anak yang x baik....
pernah ku ingkari kata mu ibu,
pernah ku merajuk dgn mu ibu,
mungkin lakuku ini pernah melukakan hati kecil mu....
aq mohon maaf ibu....
atas segala khilafku....
di dewasa ini....baru ku sedar, betapa cekalnya kau melayani 
kerenah anak-anakmu yang pelbagai ragam...
sejak dari aq lahir....
merengek di buaian....
hinggalah sekarang...
di dewasa ini...
SubhanaAllah...
begitu hebat ciptaan Allah...
menciptakan hamba yg bergelar IBU....


nabi s.a.w bersabda:
 "Hendaklah engkau tetap berbakti kepada ibumu kerana sesungguhnya syurga berada di bawah telapak kaki ibu" (Hadis Riwayat An-Nasae'i dengan sanad yang hasan) 

-mohonlah ampun kepada Allah atas kesilapan kita, semoga Allah menetapkan kita menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa, dan menjadi muslim yang benar-benar mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah sallahuaálaihiwassalam-


Imam Az-Zahabi r.h di dalam kitabnya al-Kabaair telah menulis sebuah puisi tentang pengorbanan seorang ibu kepada anaknya;

Ibumu telah mengandungmu di dalam perutnya selama sembilan bulan seolah-olah sembilan tahun,

Dia bersusah payah ketika melahirkanmu yang hampir sahaja menghilangkan nyawanya,

Dia telah menyusuimu dari putingnya, dan dia hilangkan rasa mengantuknya kerana menjagamu,

Dia cuci kotoranmu dengan tangan kirinya, dia utamakan dirimu ke atas dirinya serta atas makanannya,

Dia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimu,

Dia telah memberimu semua kebaikan dan apabila kamu sakit atau mengeluh tampak darinya kesusahan yang luar biasa dan panjang sekali kesedihannya dan dia keluarkan harta untuk membayar doktor yang mengubatimu,

Seandainya dipilih antara kehidupanmu dengan kematiannya dia akan meminta supaya kamu hidup! dengan suaranya yang paling keras.

Betapa banyak kebaikan ibu, sedangkan engkau balas dengan akhlak yang tidak baik,

Dia selalu mendoakanmu dengan taufik, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan,

Tatkala ibumu memerlukanmu disaat dia sudah tua renta, engkau jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga disisimu,

Engkau kenyang dalam keadaan dia lapar,

Engkau puas dalam keadaan dia haus,

Engkau mendahulukan berbuat baik kepada isteri dan anakmu daripada ibumu,

Engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia perbuat,

Berat rasanya atasmu memeliharanya padahal itu adalah urusan yang mudah,

Engkau kira ibumu ada disisimu umurnya panjang, padahal umurnya pendek.

Engkau tinggalkan padahal dia tidak punya penolong selainmu,

Padahal Allah telah melarangmu berkata "Ah!" dan Allah telah mencelamu dengan celaan yang lembut,

Engkau akan disiksa di dunia dengan durhakanya anak-anakmu kepadamu,

Allah akan membalas di akhirat dengan dijauhkanmu dari Allah Rabbul Álamin.
(Akan dikatakan kepadanya)
"Yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan yang dikerjakan oleh kedua tanganmu dahulu, dan sesungguhnya Allah sekali-kali tidak pernah berbuat zalim kepada hamba-hambaNya"- Surah Al-Hajj: 10) 


Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, keredhaan Allah itu letaknya pada keredhaan ibubapa, ianya disebutkan didalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Redha Allah tergantung kepada keredhaan ibubapa dan murka Allah tergantung kepada kemurkaan ibubapa"
 (HR Bukhari di dalam Adabul Mufrad -Sahih) 
Semoga kita menjadi anak yang soleh, dan mendapat keredhaan ibubapa kita, dan seterusnya mendapat keredhaan Allah swt. Apakah yang lebih menggembirakan bagi seorang mukmin melainkan dia redha kepada Allah, dan Allah redha kepadanya, lalu dia dimasukkan ke dalam SyurgaNya di akhirat kelak, seperti firmanNya yang bermaksud,
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaKu" (Surah Al-Fajr: 27-30) 


Ya Allah...jadikanlah aku hambaMu yang mampu berbakti kepada ibuku ini....

entri kali nie pasal ibu....
tetiba rindu sgt2 kat dia...
da la raya nie xbalik...
beraya di perantauan la anak gadis mu ini...
huhu~hanya doa je la yg mampu ku kirimkan saat ini..
-semoga ibuku sentiasa sihat-


sumber : al-fikrah
            :koleksi hadis




7 comments:

syafiq roslan said...

wahhh..insap bce entri nie...thnks....

immukmin said...

salam...wani. ..seyes..enteri ini...membuatkan ore tersentuh..nice enteri...

cik annur said...

kecik n kden:
wsalam, mekaseehh....
ore buat entri ni tgh male semale...huhu~
ore siapkan entri ni dgn penuh perasaan rindu n mnyesal thadap silap ore nga ma ore secara sedar atau tidak selama nie...
harapnya entri nie mbuatkan kita smua lbh rapat n lbih mhargai ibu n bapa kita....
n semoga kita smua mmpu jd anak yg bbkti pd org tua kita...insyaAllah..:)

mIra said...

waniii..bole dok ore nak gelak..hua22..(T__T)

LadyBird said...

sedihnye tgk ibu tua itu..
:(.. ibu2 dulu sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2.. cuba tgk ibu2 zaman skrg.. sanggup membunuh anak2 demi memenuhi nafsu rakusnya.. andai itulah ibunya.. bagaimanakah pula anak2 yg bakal lahir dan menguasai dunia nanti..

cik annur said...

cik mira: silakan..andai gelak tawa mbahagiakan mu...aq juga sbgai shbt sgt bahagia melihatmu bhgia...hehe~

cik annur said...

ladybird: yupp....sedihkan...huhu~
tua2 pun tpkse kerja kuat cmtu...
kes seumpama ibu bunuh ank tu blaku sbb kesedaran tu x ade sjk dri mula ag...sbb tu jd cmtu....huhu~
sama2 kita doakan la ye...smga tiada penganiayaan thadap ibu,thdap ank, n thdp sesama mnusia...